Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Lamak dah sik update cerita dalam blog aku. Just mok share something interesting la ngan takorang nak follow aku kat blog tok. Nowadays ada terjadi beberapa kejadian nak sik berapa nak menyenangkan ati aku n part of my family. My aunt mala jak ditegur orang gemuk. Even aku mpun juak salu juak la jadi tumpuan or jelingan orang cos aku tok gemok. Why? Kenak pada zaman moden nak dah civilized tok masih wujud juak orang nak berfikiran sempit kedak ya? Sik kalak ka nangga orang gemuk? Aku berani bet, mun kitakorang diam di rumah aku dalam 3 ari ajak, for sure badan kitakorang nait bah. Cos makanan kat umah aku best2. Ko ada?? Yah... Sorry, teremo la pulak.. :P
Neway, here's something that I would like to share with my fellow MUSLIM brothers & sisters. Semoga dapat menjadi iktibar dan pendidikan bagi kita nak serba jahil tok. Mun ada orang menghina fizikal kitakorang, kitakorang bacalah hadis tok ngan sidak. Kompom tergamam punya lah.. :P
Menghina Orang Lain
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi
Huraian:
Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong.
Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.
2 comments:
yeap2. nowadays, nang suka cdak anok orang berisik. i hate it. manusia tetap manusia bah. gemok ka, kurus ka, comel ka, what the hell do they care? :) anyways, lamak da saya tgu entry awak.. :D
yeah. mun nak tegur fizikal orang pun make sure that the way you tegur sikkan sakitkan hati sesapa. if u can't do so, just shut up la nak? is it? sik sangka la ada juak orang tunggu my entry. :D
Post a Comment