Pasti ramai tertanya2 apakah ciri2 lelaki idaman saya kan? walaupun anda tak tertanya2, tapi saya mau bagitau juga! hahahaha!! berikut adalah CIRI-CIRI ASAS LELAKI IDAMAN SAYA:
1. BERKERJAYA. MEMPUNYAI PEKERJAAN TETAP: supaya dapat menjamin masa depan bersama.
2. RAJIN DAN BOLEH/PANDAI MEMBUAT KERJA RUMAH: supaya boleh bekerjasama dengan saya di rumah.
3. BIJAK DALAM SEGALA ASPEK: supaya dapat menjamin masa depan rumah tangga. bijak membuat keputusan.
4. PENYABAR. JANGAN KERANA SEDIKIT PERKARA PUN NAK MARAH: sebab saya pemarah. jadi orang penyabar boleh menenangkan saya.
5. PERAMAH, JANGAN SOMBONG DENGAN KAWAN2, TERUTAMA SEKALI DENGAN KELUARGA SAYA. HORMAT PADA ORANG TUA SAYA: sebabibu bapa, keluarga dan kawan2 saya adalah pemangkin hidup saya.
6. BERIMAN, SEKURANG2NYA TIDAK DAIF DALAM SOAL AGAMA: supaya boleh membimbing saya dan bakal anak2.
7. MEMPUNYAI KERETA (TIDAK KIRA APA JENIS) DAN LESEN MEMANDU KERETA YANG SAH: untuk kesenangan bersama di kemudian hari
8. LEBIH TINGGI DARIPADA SAYA: sebab saya pendek. boleh bantu saya mencapai barang yang terletak tinggi.
9. SAYANGKAN KANAK-KANAK/BAYI: supaya boleh membantu menjaga dan mendidik anak2 dengan penuh kasih sayang.
10. BUJANG: sebab SAYA BUKAN PERAMPAS.
berikut pula CIRI-CIRI BONUS LELAKI IDAMAN SAYA (TAK ADA PUN TAK APA):
1. BERKULIT PUTIH: sebab.. tak ada sebab.. saya suka lelaki berkulit putih..
2. BERLESUNG PIPIT: sebab lelaki nampak manis/comel berlesung pipit.
3. TIDAK TERLALU KURUS: sebab saya gemuk. nanti tak larat pula dia nak angkat saya. huhu
4. KIDAL: sebab saya rasa lelaki kidal itu menawan/menarik.
5. BERAMBUT LURUS: sebab rambut saya golong. nanti anak dapat mewarisi rambut cantik, lurus + golong.. nice kan? ala2 beyonce gitu.. :P
6. BERSUARA GARAU YANG DALAM: sebab bagi saya, lelaki bersuara garau terserlah kejantanannya.
7. BERKULIT LICIN, TIADA LUBANG2 JERAWAT: sebab saya suka lelaki yang menjaga penampilan diri dengan baik, kerana dia akan menjaga pasangannya dengan baik juga. :D
8. ORANG KUCHING: supaya tak susah nak buat keputusan balik beraya.
9. BERHIDUNG MANCUNG: sebab hidung saya berbunga. mana tau melekat anak2 berhidung mancung macam bapak dia. :P
10. PANDAI MENYANYI: sebab saya suka menyanyi.
Itu saja.. saya tak memilih kan?? :P
No comments:
Post a Comment