Pages

Mohon Ampun

Assalamualaikum semua.. Just nak kasi tau kat sini.. Apa yang saya post kat dalam blog ni semuanya hanya pendapat bodoh saya semata-mata.. Kalau ada yang terasa tu, saya nak susun 10 jari saya yang kemetot ni nak minta maaf la k? Jangan la marah plak kalau saya ada terpost benda2 yang buat awak terasa k? Peace!

If you feel annoyed by the songs, just press the "END" key and at the bottom of the blog, u can find the music player. Just click the "stop" button. In case u don't know, click the button with square symbol. Peace!

Tuesday, September 13, 2011

Berdengah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ini post saya sangat berbeza dan sangat istimewa. Hari ni saya nak ajar anda2 yang tidak fasih @ tidak faham bahasa sarawak. Saya sangat bermurah hati sangat kali ni sebab bagi tutorial percuma untuk berbahasa sarawak tanpa anda perlu datang ke sarawak untuk mempelajarinya. Mana la tau kan kalau awak2 kat luar sana ada yang berminat dengan gadis2 sarawak yang comel2 belaka ni, bleh la try tackle2 diorang dengan meng'impress'kan diorang dengan menunjuk skill anda berkebolehan berbahasa sarawak.. Hehehe..

Well, first thing first, Bahasa Sarawak ni sebenarnya macam terlalu general sangat. Sebab kat Sarawak ni memang banyak giler suku kaumnye. Ada Melayu, Iban, Bidayuh, Cina Foochow, Cina Hakka, Cina Hokkien, Kayan, Melanau, Kedayan, Kelabit dan macam2 lagi la.. Jadi yang saya nak ajar awak semua hari ni adalah BAHASA MELAYU SARAWAK...

Kali ni saya ambik satu word, ikut title post ni, which is "BERDENGAH". Tau tak apa maksud berdengah? Tak tau kan? Ha... Ni la nak ajar ni. Simple je word ni.. Berdengah ni sangat cocok ertinya dengan "menunjuk-nunjuk" atau senang citer, "show-off" la.. Heheehe.. Sebab apa saya pilih word ni untuk hari ni? Sebab sekarang ni ramai sangat orang gunakan laman sosial sebagai medium untuk diorang "berdengah". Macam2 kategori "berdengah" boleh kita tengok kat laman2 sosial, paling famous FB @ FaceBook la kan? Salah satu kategori "berdengah" dalam facebook ni adalah orang yang "berdengah" dengan relationship status diorang. Ye la, orang baru merasa dilamun cinta setelah lama tak berdua. So profile pic dia semuaaaaaa banyak gambar dia with his/her couple ataupun gambar couple diorang je. Ada plak yang wall-to-wall ni berkasih sayang. Macam2 gelaran ada, paling famous, "sayang" la.. Hehehe.. Kategori seterusnya, kategori yang "berdengah" dengan harta benda. Ye la, pantang ada barang baru + MAHAL, for sure nak tunjuk kat orang. Yang menyedihkan la, orang2 dalam FB ni mostly, dalam gambar je nampak hidup mewah, tapi in real life, takyah cakap la.. Paling teruk yang kehidupan dia dengan yang dia tunjuk dalam fb, boleh kata jauh panggang dari api. Tapi takpe la. Mungkin diorang selesa dengan keadaan camtu kot. Kategori seterusnya, kategori "berdengah" dengan kealiman dan kewarakan diorang. Setiap kali post status, post link, comment post orang, mesti ada keluar hadith2 diorang. Ada plak yang dulu nakal mengalahkan mat rempit perangainye, syukur ALHAMDULILLAH perangai nye dah berubah, dah cuba mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Tapi masalahnye, terover la plak.. Sepatutnya, sebagai orang yang pernah terjebak @ tersesat dahulu, kita tau camne nak menasihati @ mendekati orang2 yang tengah sesat. Tak salah kita nak menasihatkan orang, tapi janganlah sampai orang meluat plak dengan kita. Jangan la gunakan cara yang bleh menyakitkan hati orang. Banyak cara kita nak berdakwah, tak payah nak "berdengah" sangat yang kita ni alim, solat cukup 5 waktu, puasa penuh, bayar zakat, rajin ke masjid/surau. Kalau dah selalu sangat nak "berdengah" tu, takut nanti jadi tak ikhlas plak beramal kan? Saya ni bukan la alim sangat, tapi kalau nak mengajak orang untuk sama2 mendekati Allah macam kita, gunalah cara yang betul dan elakkan la daripada menyakiti @ menyinggung perasaan orang lain. :D

Sebenarnya banyak lagi kategori2 "berdengah" ni.. Kalau nak citer, sampai esok pun tak habis kan? Hehehehe... TAPI, saya rasa setiap seorang daripada kita ni pasti ada masa kita "berdengah". Saya pun tak nafikan yang saya ni kekadang ada gak unsur2 "berdengah" kat fb. Hahahaha!

Dengan ini, sampai di sini sahaja ulasan saya tentang "berdengah" berserta dengan contoh2nye skali. Rasanya panjang ke bab contoh je tadi. :P Harap2 awak2 semua dapat belajar something new from my post. Kalau ada silap dan salah, saya mintak maaf.. Sekian, Wassalam...

p/s: kalau ada benda nak tanya kat saya pasal bahasa melayu sarawak, sila comment di post ni.. TQ!

1 comment:

Anonymous said...

KALAU DALAM BAHASA IBAN, BERDENGAH NI MAKSUD NYA "BERBUNUH"...

Not So Specific About Me..

My photo
Kuching, Sarawak, Malaysia
I'm Azie.. I was born on 18th October 1983, in Kuching.. I have no cute stories to tell u guys as my life is normal. Nothing unusual or unique.. :)