Salam uollllsssss....
Ni nak kongsi pasal artikel yang dok sibuk dikongsi kat FB lately. Tapi rasanya cam dah lama kot.. Apa2 pun within this year gak la.. Tapi baru hari ni, one of my friend masa kat UiTM dulu PM me and attached this article yang isinya macam ni:
UNTUK PENGETAHUAN,
ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
Sumber :- http://www..omaQ. org
Aku takde la nak cakap aku ni pandai sangat. Tapi seriously, baru first few paragraphs aku baca, aku dah agak dah benda ni another crap n rumors semata2.. Sebab apa? Sebab takde bukti n keterangan yang sahih. Takat cakap "ini pengalaman benar seorang bla bla bla", sapa2 pun bleh cakap camtu weh... Ada gak yang terus percaya bulat2 dengan artikel ni.. Meh aku kasi contoh..
Macam2 je komen.. Aku terus scroll down kat bawah skali n aku ternampak komen yang membuatkan komen2 orang lain terhenti takat tu je... Ni die komen tu...
Korang bleh la klik kat SINI kalau nak link ke artikel jawapan tu.. Aku dah baca.. Pening gile aku baca artikel tu.. Tapi aku cukup puas hati dengan artikel tu sebab disertakan skali dengan bukti2 kukuh.
Apapun, kalau lain kali artikel2 yang viral camni sampai kat korang, korang selidik la betul2 dulu sebelum korang jadi antara penyebar fitnah, ok? Skarang ni aku tengok orang ambik mudah je pasal benda2 fitnah ni. Macam tak takut je, macam cool je nak fitnah orang.. Apa da...
Tu je la untuk kali ni.. Aku pun dah ngantok dah.. Idea dah kureng dah ni.. Mata dah bukak tutup bukak tutup je ni..
Bye uolllllllsssssssssssss...............
No comments:
Post a Comment