Pages

Mohon Ampun

Assalamualaikum semua.. Just nak kasi tau kat sini.. Apa yang saya post kat dalam blog ni semuanya hanya pendapat bodoh saya semata-mata.. Kalau ada yang terasa tu, saya nak susun 10 jari saya yang kemetot ni nak minta maaf la k? Jangan la marah plak kalau saya ada terpost benda2 yang buat awak terasa k? Peace!

If you feel annoyed by the songs, just press the "END" key and at the bottom of the blog, u can find the music player. Just click the "stop" button. In case u don't know, click the button with square symbol. Peace!

Wednesday, September 28, 2011

Kisah Si Minah Gedik

Salam y'all!!

Nak share dengan korang satu cerita yang agak melucukan bagi aku.. Here it goes...

Pada waktu malam yang sejuk dan basah dek kerana hujan yang melimpahi bumi, cewahhhh!!! Sastera la konon.. BM pun tak dapat A.. Secara ringkas dan tulus, pada satu malam ni, aku pegi la membeli beger sebab perut bekeroncong. Ye la, hari pun hujan n sejuk, dah puas bejalan window shopping dengan best buddy aku. So, kelaparan la.. Macam biasa la, aku ni kalau order beger mesti taknak diorang letak sos. Sebab aku tengok mostly penjual beger stall ni, kalau letak sos mesti melimpah ruah! Kalau aku nak bagi perumpaan kang takut ada plak yang rasa nak muntah. So, biar stop sampai kat situ je la.. :P

Tu mukadimah je.. Lepas je aku order tu, aku pun duduk la kat kerusi yang disediakan untuk customer. Tetiba datang la sebuah keta ni, parking punya la bangang, mendoublekan parking line and paling haram jadah, memblock keta aku. Aduhh.. "parah la camni!" fikir aku dalam hati la. Aku dok diam je kat situ. Biasala, aku kan hipokrit! :P Dah tu, dalam 5-10 minit camtu baru la ada sorang minah ni kuar dari keta tu. Punya la lama nak kuar dari keta! Aku pun tak tau apa diorang buat dalam keta tu. Tingkap keta tu gelap giler babeng! Baik tukar pakai plywood je tingkap tu. Alang2 je.

Minah kerek ni kuar dari keta dengan skarf menutupi kepala, tshirt lengan pendek dilipat, and seluar pendek paras lutut. Dengan nada gedik dia pun mengeletis kat depan stall tu sambil cakap "Hallluuuuuu!! Beef burger 4 eh... 1 nak burger kosong kayy...?? Kalau awak tengok muke saya ni mesti ingat burger kosong tauuu... Saya tak suke makan sayur..." I was like, WTF?? Rasa nak tergelak pun ada. Tapi dengan wajah hipokrit, aku buat2 muka serious la. Konon tak ambik peduli hal orang, padahal aku tengok gak muka abang burger tu selamba badak je cakap "ok.." Muka abang burger tu memang priceless la. Aku rasa perasaan minah tu mesti rasa cam kena lempang je. Cos takde orang sibuk nak layan kemenggeletisan dia tu. Hahahaha!!

Yang aku tak puas hati ni, tetiba aku terperasan minah tu pandang aku. Dengan abang burger tu bukan main lagi dia menggeletis tadi kan? Tapi nape plak la bila part pandang aku, sekelumit senyum pun takde terukir kat muka dia. Apa masalah minah ni? Aku pun pandang dia balik. Tapi takde jadi apa2 pun. Tetiba dia pandang balik abang burger yang tengah sibuk menyiapkan order2 orang. Dengan menggeletisnye lagi, dia tanya kat abang burger "awak ada jual air tin tak?" sambil tangan dia melambai2 duit note RM100.. Nape wat camtu? Nak show-off ke? Ingat kau sorang je ada duit note RM100 ke? Kalau nak show-off pun, kalau dah kaya sangat, pegila beli beger kat hotel! Apa barang beli beger stall or beger mcD? :P

At last, beger aku pun siap. Masa aku nak memboloskan diri dari tempat tu, dengan BANGANG, BODOH, IDIOT, STUPID dan sewaktu dengan nya, si driver keta tu tak alert langsung aku nak kuar dari situ. Tepaksa gak aku reverse dengan gigihnya semata2 nak kuar dari situ. Nak kata aku tak bukak lampu, ada aku bukak. Manala dia letak kepala hotak dia tu? Takleh ke dia ke depan sikit parking? Bagi laluan aku nak kuar? Lepas reverse, aku pun blah ar dari situ. Tak kuasa aku nak layan spesis manusia perasan bagus camtu. Dalam keta, seperti biasa, terus la aku bergosip dengan besfren aku tu. Hahahaha!! Besfren aku pun dah agak dah yang minah tu mesti gedik sebab tengok gaya pun dah gedik. Betambah la dosa kitaorang berbakul2 cos bergosip pasal minah tu.. Hahahahaha!

Apa2 pun, nak mintak ampun maaf la sebab aku ni selalu je nak kutuk orang dalam blog aku. Orang sarawak cakap, PENGANOK. Kata dasar dia ANOK which means KUTUK. Jadi kalau orang tu suka kutuk orang, (kutuk yang tahap berperikemanusiaan la.. Heheheh) ditambah PENG kat depan, jadi la PENGANOK. Itulah aku.. Nak wat camne dah memang aku camtu. :P Sori k, my valued readers!! Hehehehe...

Tu je untuk kali ni. Kalau ada citer menarik lagi aku citer lagi kat sini k?

Bye y'all!!

No comments:

Not So Specific About Me..

My photo
Kuching, Sarawak, Malaysia
I'm Azie.. I was born on 18th October 1983, in Kuching.. I have no cute stories to tell u guys as my life is normal. Nothing unusual or unique.. :)