Pages

Mohon Ampun

Assalamualaikum semua.. Just nak kasi tau kat sini.. Apa yang saya post kat dalam blog ni semuanya hanya pendapat bodoh saya semata-mata.. Kalau ada yang terasa tu, saya nak susun 10 jari saya yang kemetot ni nak minta maaf la k? Jangan la marah plak kalau saya ada terpost benda2 yang buat awak terasa k? Peace!

If you feel annoyed by the songs, just press the "END" key and at the bottom of the blog, u can find the music player. Just click the "stop" button. In case u don't know, click the button with square symbol. Peace!

Monday, October 17, 2011

Lelaki vs Perempuan


Salam uollss...

Pagi2 aku dah terbaca satu artikel kat FB (skarang ni orang kat FB datang gila kemaruk share artikel2 bergambar..). Ada satu artikel tentang saudara Islam yang dibelasah masa blajar kat london sebab dia mempertahankan pakaiannya yang menutup aurat. Ini gambar tu..

Artikelnya plak berbunyi camni...

KAZEMI DIPUKUL KERANA INGIN MEMELIHARA AURAT! Muslim Inggris iaitu Kazemi, yang merupakan Muslimah yang tinggal di London. Ketika hamba Allah ini dalam perjalan pulang ke rumahnya, Kazemi telah diserang oleh beberapa warga setempat.(sumber2 menyatakan beliau diserang oleh 4orang perempuan) Penyerang tersebut cuba untuk buang jilbab Kazemi dengan menarik2 jilbab, namun perkara itu tidak dibiarkan, Kazemi cuba untuk melawan, kerna respon yang ditonjolkan kazemi keempat2 penyerang mula bengang dan terus menjatuhkan Kazemi lalu memukul dibahagian muka. Akibatnya, Kazemi mengalami luka yang cukup serius di sekitar wajahnya. Disebabkan kerjadian itu, Himpunan Mahasiswa Muslim di London mengutuk tindakan tersebut. Mereka menuduh pemerintah Inggris mempromosikan dan mendukung kelompok anti-Islam. Selain itu, mereka juga meminta pihak atasan mengambil tindakan atas kerjadian yang menimpa Kazemi. Kerjadian ini bertarikh 11 April 2011 iaitu pada 6 bulan yang lepas. Sengaja timur bangkitkan berita ini, untuk membandingkan hamba Allah ini dengan kita di Malaysia kerna kebanyakkan rakyat di Malaysia terlalu jahil bab aurat! Walaupun menyambung pelajaran hingga keluar negara, khatam Al-Quran berkali2, hebat bab agama tapi yang mengamalkannya hanya berapa %? Lihat diluar sana, ramai yang mengenakan tudung tapi berseluar dan baju yang ketat! hingga lelaki yang tidak kuat imannya mejadi gairah lalu berlakulah perkara2 yang tidak diingini seperti rogol, buang anak dll... Bila terkena pandai pula mengutuk lelaki gatal, xde iman, gila sex tapi siapa yang minta kamu berbogel dihadapan mereka yang gilakan sex??? Bagaimana hendak kurangkan kerjadian ini terus berlaku? Berbaliklah pada Al-Quran dan Sunnah... “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzab:59) SEBARKAN JIKA KAMU RASA PUNYA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG HARUS MENEGUR SAUDARA/RI YANG MASIH LALAI, JIKA KAMU RASA PERBUATAN TIMUR NI SALAH, ABAIKAN! ..::timur::..

Aku kagum dengan keberanian Kazemi tu. But the thing is now, article ni macam berat sebelah. Macam nak menyalahkan kaum wanita yang menjadi punca kejadian ROGOL dan BUANG ANAK dsb. Katanya disebabkan wanita di Malaysia berpakaian seksi n baju ketat2, sampai membuatkan iman seorang lelaki goyah n bla bla bla.. Kenapa tak salahkan ahli keluarga lelaki kepada wanita2 tersebut yang tak bertanggungjawab menegur pemakaian wanita tersebut? Kenapa nak salahkan wanita 100%? Kalau lelaki tu betul2 beriman, dia takkan tergoda dengan keseksian wanita tersebut, malah dia akan menegur cara pemakaian wanita tersebut. Ha! Macam mana rasa lelaki kena balas balik? Sadis kan?

Aku bukan la anti lelaki cuma aku tak suka bila orang tuding jari 100% kat satu2 pihak je. Kalau ye pun nak nasihat orang, orang tua2 Sarawak cakap, "kubit tiup". Maksud "kubit tiup" ni, tegur dalam berlembut la, or nasihat dengan cara yang tegas tapi lembut. Tak payah nak kutuk sadis sangat, n jangan sampai jadi BERAT SEBELAH. Be fair.. Kita semua sama manusia, takde taraf membezakan kita.

Tu je la.. Nak mandi.. Nak gi keje..

Bye uollss!!!

No comments:

Not So Specific About Me..

My photo
Kuching, Sarawak, Malaysia
I'm Azie.. I was born on 18th October 1983, in Kuching.. I have no cute stories to tell u guys as my life is normal. Nothing unusual or unique.. :)